Saturday, May 21, 2011

I'm Tryin'... to be..

Harini ak ada semangat baru dalam blog ni and as a new day as a real estate agent.This week genap la 2 minggu gua jadi estate agen.. this fun job really menguji kesabaran... aku teringin nak berkenalan dengan otai2 luar sana.. tapi yang ak kenal...????? ermm... bos ak sorang la.. En.Mukhtar.. tak pe... KESABARAN tue penting... esok aku rasa ak nak start organize my client list la.. walaupun skrng ni yang rasmi ad 2 jer client.. tak rasmi ak ad empat..

berapa banyak pn.. ak kena amik serius,... i dont want to let my client down.. tanah kat gombak skrng ni blom ada respond... begitu jgk umah kat melaka.. ermmm???? dah iklan banyak dah....surat kabar jer blom sbb modal ciput lg skrg.. almaklum la.. baru 2 minggu jadi estate agent..

Dua benda yang aku mula belajar dari estate agent ni.. adalah KESABARAN DAN KETEKUNAN...
untuk makluman anda di luar sana.. jadi estate agent yang berkhidmat di bawah syarikat yang berdaftar ni. tak de gaji basic.. so, mmg berharap atas jualan la sepenuhnya.... so.. tak de istilah makan atas angin.. sbb setiap agen ni akan berusaha untuk menjual,menguruskan dokumen.... banyak lg la... cam peguam.. so, snang kata org nak jual tanah or rumah.. dia tak perlu susah payah.. sbb agen dh buat semua benda..

so.. pasal KESABARAN DAN KETEKUNAN perlu ada dalam diri seorg agen.. sbb.. kalau tak de basic ni.. mmg putus di tengah jalan la jawabnya...

KESABARAN
Bila ada orang nak jual umah.. dia akan msg agen or kol agen... kekadang bila kta dah sedia dgn temu janji.. client kta akan tba2 cancel... pas2 kluar duit tak yah citer.. nak isi minyak lagi.. klu nek kreta nak kena tol lagi.. bila ada buyer.. bukan buyer yang 1st tu kmfrm beli.... yang ke 7-8 kot baru beli... so, benda2 cam ni memamng memerlukan kesabaran....

KETEKUNAN
Ak rasa klu jadi agen ni tak tekun or rajin.. jawabnya bungkus la... Advertising  mmg ckup penting.. tak kira la.. ofline ka.. online ka.. dua2 penting... so that we can tell others what we are offering. to them... hari2 kena buat benda ni..organize.. satu lagi tekun lawat blog agen2 lain.. amik pengalaman diaorg sbg guru kepada kita.. sbb mcam2 nak kena tempuh nanti...

so that, i think ckup utk skrang... aku harap dengan perkongsian ni sedikit sebanyak membantu kita untuk memahami situasi sebagai seorang agen.... ada masa saya blog lagi.. nak sambung bt marketing.. huhu.

Thursday, May 19, 2011

RUMAH DI MELAKA UNTUK DIJUAL KEPADA ANDA.

Rumah Teres 2 tingkat untuk di jual 20x50

Berhadapan Selat Melaka.

Owner nak let go sbb rumah tak di gunakan.

 Anda akan menjadi org pertama.

Harga sangat murah boleh runding

Alamat: No.17, Jalan AP2,
            Alai Perdana 75460
            Melaka.


Berminat SMS atao kol jerrr!!

Wednesday, May 18, 2011

RUMAH UNTUK DIJUAL KEPADA ANDA.

Assalamualaikum.

Sebuah rumah apartment untuk di jual di Sri kembangan.

Address: B-14-24, BLOK B,
              TINGKAT 14 VISTA PINGGIRAN APARTMENT,
              JALAN PINGGIRAN PUTRA 1,
              SEKSYEN 2 TAMAN PINGGIRAN PUTRA
              43300 SERI KEMBANGAN SELANGOR.




-berdekatan Jusco Taman Equine.
-berdekatan Pasar Borong Selangor.

Berminat untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya atau PM jer saya ok!!!

Thursday, May 12, 2011

Tanah untuk dijual

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

PERHATIAN!!!
BERITA BAIK.. TANAH UNTUK DIJUAL

Jarak sempadan tanah dengan UIA gombak lebih kurang 10 meter sahaja. sesuai untuk projek Apartment, Semi-D, Banglo 

2 ekar

Lot. 1 pemilik sahaja 

Lot no 3488

Freehold

Bumi lot.



sebarang pertayaan boleh hubungi saya.

Tuesday, May 10, 2011

Jenis-jenis rumah

Assalamualaikum semua, harini saya akan berkongsi sedikit inormasi berkenaan jenis-jenis rumah yang terdapt di Malaysia.Moga dengan informasi ini dapt meberi sedikit idea kepada bakal pembeli rumah di luar sana.

Rumah Banglo

Banglo adalah sejenis rumah yang didirikan di atas sebidang tanah yang tidak bersambung dengan rumah lain.Harga biasa bagi sesebuah banglo adalah bernilai lebih dari 1 juta keatas.

Rumah Berkembar.

Rumah 2 buah yang didirikan di atas sebidang tanah yang berkongsi dinding di tengah. Rumah jenis ini hanya menpuyai tanah kosong di bahagian hadapan, belakang dan salah satu daripada sisinya.Selalunya harga rumah jenis ini adalah berni la dalam RM 500k.

Rumah town house.

Rumah jenis ini selalunya mempunyai 2 tingkat dan mempuyai 2 pemilik yang berlainan.Kedua-duanya menpuyai laluan masuk yang berbeza.dan mempuyai pagar yang boleh memuatkan 2 buah kereta bagi setiap pemilik.Selalunya rumah jenis ini hanya wujud di bandar-bandar besar sahaja.Terdapat juga rumah jenis town house yang setinggi empat tingkat.

Rumah Teres  Satu Tingkat.

Rumah jenis ini boleh diklasifikasikan sebagai rumah kos sederhana yang mampu dimiliki. Rumah jenis ini selalunya mempuyai.minimun 3bilik dan dilengkapi 1 atau 2 bilik air.Ruang letak kereta di hadapan rumah boleh memuatkan 2 buah kereta.Selalunya harga rumah jenis ini adalah dalam lingkungan RM 100k dan keatas.

Rumah Teres 2 tingkat.

Rumah jenis ini adalah rumah yang paling diminati dikalangan kita.Ianya selesa dan mampu dimiliki bagai warga yang berpendapatan sederhana.Selalunyarumah jenis ini dilegkapi sekurang-kurangya 3 bilik dan di tambah satu bilik stor ataupun bilik pembantu rumah.Dapat memuatak sekurang-kurangnya 3 buah kereta di hadapan rumah.Kebiasaanya harga rumah jenis ini dalam lingkungan RM200k ke atas.

Kondominium.

Rumah jenis ini kebiasaanya di bina di bandar-bandar besar yang mempunyai tanah yang terhad. Keluasan rumah ini adalah lebih kurang sama dengan saiz rumah teres 2 tingkat.Ia juga memberi kelebihan kepada warga kota yang inginkan privasi.Kebiasaanya Kondominium di lengkapi dengan pondok pengawal yang menjaga aliran keluar masuk kenderaan.Ia juga dilengkapi ndengan prasarana seperti kolam renag,surau,ginasium,bilik aktiviti,sauna,tempat penjagaan kanak-kanak,kedai runcit dan sebagainya.Harga yang ditawarkan adalh tinggi bermula daripada RM200k ke atas bergantung pada saiz dan jumlah kemudahan yang di sediakan.Pemilik rumah haru membayar yuran bulanan untuk kos peyelengaraan seperti lift,tangga,kolam renang dan pengawal keselamatan.

Apartment.

Rumah jenis ini adalah lebih kurang sama dengan Kondominium cuma kemudahan dan saiznya tidak sebesar dan sebanya unit kondominium. Ianya juga terletak di tengah-tengah bandar besar dan harganya jauh lebih murah berbanding kondominium.Terdapat dua jenis apartment, pertama apartment kos rendah dan apartment kos sederhana tinggi.

Apartment Servis.

Rumah jenis ini adalah apartment yang mempuyai ciri-ciri kemewahan. Dimana terdapat kemudahan seperti membersih rumah dan lobi yang bertaraf hotel.Terdapat banya apartment yang menyediakan servis yang tiada bilik dan ia di panggil studio apartment.Apartment ini di majukan di tanah komersial dan bukan di tapak kediaman yang terletak di bawah Kementerian Perumahan.Kadar sewa,harga rumah, dan ansuran yang perlu dibayar kepada bank adalah tinggi.Kadar peyelenggaraan juga adalah tinggi.

Flat ataupun Pangsapuri.

Rumaha jenis ini adalah rumah yang paling murah.Kebanyakan rumah flat adalah berharga kos rendah dan sederhana rendah.Harganya bermula dari RM42k dan keatas.Biasanya flat tidak dilengkapi dengan pengawal keselamatan.Ini mengurangkan kadar kos peyelenggaraan.Kebiasaaannya rumah jenis ini dikawal oleh kerajaan dan tidak semua orang dapat membeli rumah jenis ini kecuali mereka yang berpendapatan RM2500 sebulan sahaja layak untuk membeli daripada pemaju.

Monday, May 9, 2011

Perlu ke pakai agen-agen ni?


Kenapa nak kena pakai agen nak jual beli tanah, jual beli rumah? ok, soalan sebigini memang slalu kita dengar.Jadi saya disini ingin berkongsi pandangan kepada anda diluar sana dan merungkaikan apa yang terbelit difikiran anda.Proses membeli dan menjual hartanah boleh menjadi satu proses yang sangat sukar dan meletihkan. Ramai orang mengganggap dengan maklumat yang mudah didapati di internet mereka boleh melakukannya sendiri tanpa khidmat seorang ejen hartanah. Hakikatnya, pasaran hartanah sebenar adalah rumit jika seseorang itu tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman. Kebaikan mendapatkan ejen hartanah akan menjadikan proses jual-beli lebih mudah dan mengurangkan tekanan.

Garis Panduan Di bawah Menyenaraikan kebaikan menggunakan ejen hartanah.

1. Pengetahuan dan Kemahiran – Membeli rumah adalah lebih dari sekadar menawarkan harga. Seorang ejen berpengetahuan tentang komuniti, kejiranan, sekolah, sistem jalan, hospital, membeli-belah, lokasi pasaraya dsb. Mereka boleh membantu mendapatkan rumah yang anda mampu dan memberi nasihat berkenaan pinjaman. Mereka berpengetahuan mengenai apa yang diperlukan apabila membeli rumah seperti dokumen yang diperlukan dan langkah-langkah yang terbabit dalam sesuatu pembelian. Seorang ejen hartanah akan membawa anda melalui proses tersebut dan meminimakan tekanan anda.

2. Penjimat Masa. Jika anda mahu menjual rumah, seorang ejen boleh mengambil alih tugas-tugas seperti menguruskan jadual lawatan pembeli berpotensi termasuk membantu menunjukkan rumah kepada mereka. Jika anda mahu membeli rumah, ejen boleh menguruskan sesi lawatan dengan mendapatkan hartanah yang sesuai dengan kriteria anda daripada membuang masa melihat rumah yang tidak menepati kriteria.

3. Pembantu Harga Jual Beli : Ejen akan mengetahui samada rumah yang mahu dibeli itu berbaloi dengan harganya. Mereka akan melihat kepada aspek permintaan dan tawaran, keadaan pasaran terkini, lokasi, jenis rumah seperti adakah bilangan bilik sesuai dengan harga tawaran. Mereka juga boleh membuat rundingan harga yang boleh menjimatkan ribuan ringgit. Ejen mempunyai akses kepada maklumat seperti nilai rumah di kawasan itu, purata harga jualan dan berapa hari rumah sudah berada di pasaran untuk dijual.

4. Hubungan Penting : Ejen boleh mengesyorkan pihak yang pakar seperti pemeriksa rumah, syarikat kewangan, peguam yang baik dan sebagainya. Mereka mempunyai hubungan rangkaian yang baik dan boleh memberi pelbagai pilihan yang boleh dipilih dengan bijak.

5. Pengurusan Dokumen: Jumlah kerja yang ada dalam urusan jual-beli kelihatan sangat rumit kepada mereka yang baru dalam perniagaan ini. Dokumen pembelian biasanya menjangkau lebih 10 mukasurat. Ini belum lagi dokumen lain seperti borang-borang dari badan kerajaan dan lain-lain. Seorang ejen hartanah mempunyai pengetahuan berkenaan dokumen yang diperlukan dan boleh menyediakan semuanya dengan teliti dan betul.

6. Sokongan : Kerana kerumitan proses jual-beli hartanah, anda tidak tahu apa yang mahu ditanya. Seorang ejen akan mempunyai jawapan untuk anda dari awal sehingga akhir.
Seorang ejen hartanah memainkan peranan yang sangat penting dalam jual-beli rumah. Dengan mendapatkan seorang ejen hartanah, anda boleh menjimatkan masa, duit dan mengurangkan banyak tekanan. Kepada mereka yang mahu melibatkan diri dalam perniagaan jual-beli hartanah, ejen yang berkualiti adalah satu kewajipan.

Keputusan ditangan anda, anda berhak memilih, mugkin anda ada justifikasi anda tersendiri. Jika anda memilih untuk menggunakan agen situasinya adalah 'WIN'-'WIN'.Dimana aset anda terjual anda pon tak perlu pening-pening kepala dan agen juga berjaya melaksanakan tugas mereka deangan jayanya. ;)

Apakah yang dinamakan Hartanah?


Assalamualaikum pembaca sekalian, sebagai mukhadimmah saya ingin menberi sedikit 'overview' dan pandangan yang saya dapat melalui pembacaan saya mengenai hartanah.Mungkin ramai diluar sana telah mengetahui dan mungkin juga ada yang masih samar-samar mengenai hartanah.Disini saya ingin berkongsi bersama anda mengenai apakah yang dinamakan hartanah.Saya berharap dengan perkongsian ini dapat menberi manfaat bersama.

Harta tanah ditafsirkan sebagai tempat dimana anda meletakkan sejumlah wang bagi tujuan menjamin pemilikan dan kemudian mengaut keuntungan pendapatan yang berterusan daripada para penyewa atau membuat keuntungan dengan cepat iaitu jualan semula. Dengan perbelanjaan modal yang minimum dan pembiayaan dari bank, anda dapat memperolehi keuntungan segera keatas nilai penuh hartanah. Lebih banyak harta tanah yang anda miliki, lebih kayalah anda.

Harta tanah merupakan satu bentuk pelaburan yang mengagumkan. Ia mampu menjana wang dan pendapatan yang berterusan. Anda mampu menjana wang tanpa mengira berapa banyak jumlah permulaan pelaburan anda. Orang golongan pertengahan yang menjadi pelabur, dengan segera telah mendapat status jutawan dengan membuat pilihan pelaburan yang bijak berdasarkan maklumat dan pemilihan yang tepat. Dalam keadaan ekonomi yang kukuh, ramai pelabur-pelabur yang akan mengambil kesempatan daripada nilai harta tanah yang meningkat bagi menjana kewangan mereka. Pelabur akan menjual milikan mereka pada harga belian yang lebih rendah.Apabila keadaan ekonomi meleset, pelabur-pelabur boleh membeli harta tanah dibawah nilai pasaran daripada pemilik-pemilik yang gawat. Kemudian pelabur akan membuat keuntungan segera apabila harga naik kembali melalui jualan semula.

Semasa ekonomi meleset, ramai  yang terdesak untuk menyewa sahaja daripada membeli kerana kadar faedah yang tinggi. Oleh itu pelabur-pelabur akan menikmati hasil sewaan yang stabil daripada pelaburan harta tanah mereka. Tidak kira ekonomi baik atau tidak pada masa itu, pelabur pasti akan memperolehi pulangan yang setimpal ke atas harta tanah mereka. Peluang pelaburan hartanah sememangnya sesuatu yang menarik dan tidak akan putus-putus peluangnya disekeliling kita.

Hakikatnya anda mampu menjana wang daripada bidang ini, ia bukanlah satu rahsia lagi. Tetapi, terdapat beberapa persoalan yang bermain di minda saya. Kenapa hanya peratusan yang kecil sahaja masyarakat kita yang bergiat aktif dalam bidang pelaburan harta tanah?. Sedangkan ramai yang berminat dan sudah menyedari tentang kekayaan yang diperolehi hasil harta tanah.

FAKTOR YANG MENGHALANG PELABURAN HARTA TANAH DILAKUKAN SECARA SERIUS

Disini saya ingin memberi contoh betapa untungnya anda sekiranya anda menceburi bidang hartanah ini. Jika anda membeli 4 apartmant, yang mana 3 daripadanya dikawasan yang sama bernilai antara RM 80,000 hingga RM 120,000 setiap satu dalam tempoh 2 tahun. Anda mendapat margin pinjaman antara 85% hingga 90% harga belian setiap apartment. Apabila anda mandapat kunci menduduki apartment, anda terus menyewakan apartment tersebut kepada penyewa. Hasil pungutan sewa, anda mampu membayar ansuran bank semula. Dalam tempoh 15 tahun lagi, anda bakal digelar jutawan. Pernahkah anda membayangkn ini semua?. Ia semestinya satu keadaan yang ironik.


Terdapat banyak faktor yang menghalang orang ramai daripada membuat pelaburan harta tanah secara serius. Secara amnya, alasan utama ialah tiada tindakan diambil. Ini karana sikap skeptis dalam bidang pelaburan. Apabila anda tiada pemahaman yang mendalam dalam bidang harta tanah, secara langsung anda tidak akan mempunyai keyakinan yang tinggi dan tidak percaya ia mampu menjana wang anda. Memang diakui proses pembelian hartanah yang merumitkan dan mengelirukan mampu membuatkan anda tawar hati selepas pembelian pertama dan kedua. Faktor yang lain ialah kesukaran untuk mendapatkan pinjaman, dana yang tidak mencukupi untuk membayar deposit dan masa yang tidak mencukupi untuk memberi komitmen dalam bidang pelaburan harta tanah ini.

MENJANA WANG

Setelah anda membiasakan diri dengan prosedur dan proses pelaburan harta tanah, apakah yang perlu ada bagi membentuk palaburan ini. Bagaimanakah anda boleh menjana wang daripada pelaburan harta tanah?
Saya bukan bercakap tentang pelaburan harta tanah yang professional yang dapat menjana wang RM100,000 dengan membeli dan menjual hanya 1 hartanah dalam 10 atau 20 tahun. Disini misi kita adalah pembelian hartanah secara konsisten bagi tujuan menjual untuk mendapatkan keuntungan atau menyewa untuk pendapatan yang berterusan dari sewa yang kita perolehi dan untuk menambah ekuti. Tujuan utama kta adalah untuk menjadikan pelaburan harta tanah anda berjalan berterusan untuk anda memperolehi kenaikan modal dan hasil sewa yang stabil dan juga memaksimumkan pulangan pelaburan anda.

Dalam harta tanah, anda perlu ada perancangan dan strategi pelaburan yang selesa. Anda boleh memilih cara pelaburan yang konservatif dengan membeli apartment dalam lingkungan RM80,000 hingga RM150,000 dan menyewakannya untuk mendapatkan sewa. Atau anda boleh melabur dalam hartanah yang mahal bagi mendapatkan hasil sewa yang lebih tinggi. Tempat-tempat yang popular dianggap kawasan yang baik untuk pelaburan jika anda ingin menyewakan memandangkan tempat-tempat seperti itu mempunyai sewa yang lebih tinggi, contohnya seperti pusat bandar.

Secara alternatif, anda juga boleh memilih untuk memiliki hartanah komersial seperti lot kedai atau unit pejabat. Hartanah seperti ini biasanya memiliki masalah dalam penyelenggaraan disebabkan kebanyakan penyewa akan membaiki sendiri sekirannya terdapat kerosakan atau masalah dengan segera tanpa campur tangan dari tuan rumah. Ini kerana penyewa tidak mahu masalah itu mengganggu perniagaan mereka. Anda juga boleh cari hartanah yang dilelong. Anda mungkin dapat mencari tawaran yang baik dalam jualan lelong dimana hartanah yang dilelongkan ialah dibawah nilai harga pasaran semasa. Hartanah seperti ini hanya perlu dikemaskan sedikit sebelum diletakkan dipasaran semula untuk dijual atau disewa. Anda tidak perlu membataskan diri anda dengan hanya satu jenis hartanah sahaja. Anda mungkin  dapat mempelbagaikan pelaburan anda.

REALITI

Jika anda memulakan mekanisme pelaburan anda pada umur yang agak muda,risiko anda lebih tinggi dan anda mungkin akan dibenarkan untuk melanjutkan tempoh pinjaman anda kepada tempoh maksimum. Lebih lama tempoh anda, lebih kuranglah ansuran bulanan yang perlu anda bayar. Akhirnya anda mampu membeli lebih banyak hartanah. Sebaliknya jika anda memulakan pada umur yang lewat atau tua, anda mungkin mempunyai wang yang banyak untuk melabur tetapi kebimbangan utama anda adalah untuk melindungi kekayaan dan memberi penekanan dalam pemeliharaan modal.

Apapun umur anda, anda perlu kosisten dan cuba untuk memperolehi sekurang-kurangnya satu hartanah setiap dua tahun. Kemudian hartanah tersebut disewakan atau dijual sekiranya mendapat tawaran yang baik untuk mendapatkan keuntungan dan mempertingkatkan lagi untuk hartanah lain. Pelaburan harta tanah menghendaki kesabaran tetapi ganjarannya memang memuaskan. Setelah anda melabur sejumlah wang sebagai bayaran pendahuluan untuk sebuah rumah, anda akan memperolehi dua keuntungan iaitu yang pertama terdapat kenaikan modal dan anda juga memperoleh pendapatan sewa yang akan mengurangkan bayaran balik bulanan gadai janji anda. Anda juga turut menambah ekuiti dan pelaburan anda menjadi lindung nlai untuk mencecah inflasi.

Pelaburan yang datang dari harta tanah adalah sangat pasif, yang bermaksud ianya pendapatan yang diterima tanpa sebarang usaha daripada anda. Anda tidak perlu bekerja untuk mendapatkannya. Jadi bermulah dengan perlahan-lahan dan secara kosisten binalah portfolio hartanah anda. Untuk mencapai satu juta pertama memang terlalu sukar, sekiranya anda sudah memperolehi satu juta pertama anda, nilai juta kedua pasti dalam genggaman anda.

Jika anda membeli hartanah bernilai RM200,000 setiap dua tahun secara kosisten, dalam masa 10 tahun anda bakal mencapai status jutawan di mana anda memegang kepentingan dalam hartanah bernilai RM1,000,000. Hartanah tersebut terus bekerja untuk anda setiap bulan dalam bentuk pendapatan sewa yang anda perolehi setiap bulan. Apabila anda menjualkannya, anda akan mendapat nilai bersih hartanah tersebut.
Persoalan dalan harta tanah bukannya sama ada anda boleh kaya tetapi lebih kepada berapa kaya anda ingin jadi dan bersediakah anda menghadapinya. Bermimpi dan menyimpan impian memang senang. Namun, untuk hidup dalam mimpi anda perlu bekerja untuk mencapai mimpi tersebut. Bukan sekadar mimpi sahaja. Jadi, sebenarnya berapa kaya anda ingin jadi dan apakah anda bersedia untuknya? Tepuk dada tanya hati, apakah yang anda inginkan dalam hidup sebenarnya. Semua jawapan di tangan anda dan anda lah yang menentukan segalanya.

SUMBER RUJUKAN : AKADEMI JUTAWAN HARTANAH UNTUK PELABUR BARU
PENGARANG : WENDY KOH (LL.B (HONS)