Monday, May 9, 2011

Apakah yang dinamakan Hartanah?


Assalamualaikum pembaca sekalian, sebagai mukhadimmah saya ingin menberi sedikit 'overview' dan pandangan yang saya dapat melalui pembacaan saya mengenai hartanah.Mungkin ramai diluar sana telah mengetahui dan mungkin juga ada yang masih samar-samar mengenai hartanah.Disini saya ingin berkongsi bersama anda mengenai apakah yang dinamakan hartanah.Saya berharap dengan perkongsian ini dapat menberi manfaat bersama.

Harta tanah ditafsirkan sebagai tempat dimana anda meletakkan sejumlah wang bagi tujuan menjamin pemilikan dan kemudian mengaut keuntungan pendapatan yang berterusan daripada para penyewa atau membuat keuntungan dengan cepat iaitu jualan semula. Dengan perbelanjaan modal yang minimum dan pembiayaan dari bank, anda dapat memperolehi keuntungan segera keatas nilai penuh hartanah. Lebih banyak harta tanah yang anda miliki, lebih kayalah anda.

Harta tanah merupakan satu bentuk pelaburan yang mengagumkan. Ia mampu menjana wang dan pendapatan yang berterusan. Anda mampu menjana wang tanpa mengira berapa banyak jumlah permulaan pelaburan anda. Orang golongan pertengahan yang menjadi pelabur, dengan segera telah mendapat status jutawan dengan membuat pilihan pelaburan yang bijak berdasarkan maklumat dan pemilihan yang tepat. Dalam keadaan ekonomi yang kukuh, ramai pelabur-pelabur yang akan mengambil kesempatan daripada nilai harta tanah yang meningkat bagi menjana kewangan mereka. Pelabur akan menjual milikan mereka pada harga belian yang lebih rendah.Apabila keadaan ekonomi meleset, pelabur-pelabur boleh membeli harta tanah dibawah nilai pasaran daripada pemilik-pemilik yang gawat. Kemudian pelabur akan membuat keuntungan segera apabila harga naik kembali melalui jualan semula.

Semasa ekonomi meleset, ramai  yang terdesak untuk menyewa sahaja daripada membeli kerana kadar faedah yang tinggi. Oleh itu pelabur-pelabur akan menikmati hasil sewaan yang stabil daripada pelaburan harta tanah mereka. Tidak kira ekonomi baik atau tidak pada masa itu, pelabur pasti akan memperolehi pulangan yang setimpal ke atas harta tanah mereka. Peluang pelaburan hartanah sememangnya sesuatu yang menarik dan tidak akan putus-putus peluangnya disekeliling kita.

Hakikatnya anda mampu menjana wang daripada bidang ini, ia bukanlah satu rahsia lagi. Tetapi, terdapat beberapa persoalan yang bermain di minda saya. Kenapa hanya peratusan yang kecil sahaja masyarakat kita yang bergiat aktif dalam bidang pelaburan harta tanah?. Sedangkan ramai yang berminat dan sudah menyedari tentang kekayaan yang diperolehi hasil harta tanah.

FAKTOR YANG MENGHALANG PELABURAN HARTA TANAH DILAKUKAN SECARA SERIUS

Disini saya ingin memberi contoh betapa untungnya anda sekiranya anda menceburi bidang hartanah ini. Jika anda membeli 4 apartmant, yang mana 3 daripadanya dikawasan yang sama bernilai antara RM 80,000 hingga RM 120,000 setiap satu dalam tempoh 2 tahun. Anda mendapat margin pinjaman antara 85% hingga 90% harga belian setiap apartment. Apabila anda mandapat kunci menduduki apartment, anda terus menyewakan apartment tersebut kepada penyewa. Hasil pungutan sewa, anda mampu membayar ansuran bank semula. Dalam tempoh 15 tahun lagi, anda bakal digelar jutawan. Pernahkah anda membayangkn ini semua?. Ia semestinya satu keadaan yang ironik.


Terdapat banyak faktor yang menghalang orang ramai daripada membuat pelaburan harta tanah secara serius. Secara amnya, alasan utama ialah tiada tindakan diambil. Ini karana sikap skeptis dalam bidang pelaburan. Apabila anda tiada pemahaman yang mendalam dalam bidang harta tanah, secara langsung anda tidak akan mempunyai keyakinan yang tinggi dan tidak percaya ia mampu menjana wang anda. Memang diakui proses pembelian hartanah yang merumitkan dan mengelirukan mampu membuatkan anda tawar hati selepas pembelian pertama dan kedua. Faktor yang lain ialah kesukaran untuk mendapatkan pinjaman, dana yang tidak mencukupi untuk membayar deposit dan masa yang tidak mencukupi untuk memberi komitmen dalam bidang pelaburan harta tanah ini.

MENJANA WANG

Setelah anda membiasakan diri dengan prosedur dan proses pelaburan harta tanah, apakah yang perlu ada bagi membentuk palaburan ini. Bagaimanakah anda boleh menjana wang daripada pelaburan harta tanah?
Saya bukan bercakap tentang pelaburan harta tanah yang professional yang dapat menjana wang RM100,000 dengan membeli dan menjual hanya 1 hartanah dalam 10 atau 20 tahun. Disini misi kita adalah pembelian hartanah secara konsisten bagi tujuan menjual untuk mendapatkan keuntungan atau menyewa untuk pendapatan yang berterusan dari sewa yang kita perolehi dan untuk menambah ekuti. Tujuan utama kta adalah untuk menjadikan pelaburan harta tanah anda berjalan berterusan untuk anda memperolehi kenaikan modal dan hasil sewa yang stabil dan juga memaksimumkan pulangan pelaburan anda.

Dalam harta tanah, anda perlu ada perancangan dan strategi pelaburan yang selesa. Anda boleh memilih cara pelaburan yang konservatif dengan membeli apartment dalam lingkungan RM80,000 hingga RM150,000 dan menyewakannya untuk mendapatkan sewa. Atau anda boleh melabur dalam hartanah yang mahal bagi mendapatkan hasil sewa yang lebih tinggi. Tempat-tempat yang popular dianggap kawasan yang baik untuk pelaburan jika anda ingin menyewakan memandangkan tempat-tempat seperti itu mempunyai sewa yang lebih tinggi, contohnya seperti pusat bandar.

Secara alternatif, anda juga boleh memilih untuk memiliki hartanah komersial seperti lot kedai atau unit pejabat. Hartanah seperti ini biasanya memiliki masalah dalam penyelenggaraan disebabkan kebanyakan penyewa akan membaiki sendiri sekirannya terdapat kerosakan atau masalah dengan segera tanpa campur tangan dari tuan rumah. Ini kerana penyewa tidak mahu masalah itu mengganggu perniagaan mereka. Anda juga boleh cari hartanah yang dilelong. Anda mungkin dapat mencari tawaran yang baik dalam jualan lelong dimana hartanah yang dilelongkan ialah dibawah nilai harga pasaran semasa. Hartanah seperti ini hanya perlu dikemaskan sedikit sebelum diletakkan dipasaran semula untuk dijual atau disewa. Anda tidak perlu membataskan diri anda dengan hanya satu jenis hartanah sahaja. Anda mungkin  dapat mempelbagaikan pelaburan anda.

REALITI

Jika anda memulakan mekanisme pelaburan anda pada umur yang agak muda,risiko anda lebih tinggi dan anda mungkin akan dibenarkan untuk melanjutkan tempoh pinjaman anda kepada tempoh maksimum. Lebih lama tempoh anda, lebih kuranglah ansuran bulanan yang perlu anda bayar. Akhirnya anda mampu membeli lebih banyak hartanah. Sebaliknya jika anda memulakan pada umur yang lewat atau tua, anda mungkin mempunyai wang yang banyak untuk melabur tetapi kebimbangan utama anda adalah untuk melindungi kekayaan dan memberi penekanan dalam pemeliharaan modal.

Apapun umur anda, anda perlu kosisten dan cuba untuk memperolehi sekurang-kurangnya satu hartanah setiap dua tahun. Kemudian hartanah tersebut disewakan atau dijual sekiranya mendapat tawaran yang baik untuk mendapatkan keuntungan dan mempertingkatkan lagi untuk hartanah lain. Pelaburan harta tanah menghendaki kesabaran tetapi ganjarannya memang memuaskan. Setelah anda melabur sejumlah wang sebagai bayaran pendahuluan untuk sebuah rumah, anda akan memperolehi dua keuntungan iaitu yang pertama terdapat kenaikan modal dan anda juga memperoleh pendapatan sewa yang akan mengurangkan bayaran balik bulanan gadai janji anda. Anda juga turut menambah ekuiti dan pelaburan anda menjadi lindung nlai untuk mencecah inflasi.

Pelaburan yang datang dari harta tanah adalah sangat pasif, yang bermaksud ianya pendapatan yang diterima tanpa sebarang usaha daripada anda. Anda tidak perlu bekerja untuk mendapatkannya. Jadi bermulah dengan perlahan-lahan dan secara kosisten binalah portfolio hartanah anda. Untuk mencapai satu juta pertama memang terlalu sukar, sekiranya anda sudah memperolehi satu juta pertama anda, nilai juta kedua pasti dalam genggaman anda.

Jika anda membeli hartanah bernilai RM200,000 setiap dua tahun secara kosisten, dalam masa 10 tahun anda bakal mencapai status jutawan di mana anda memegang kepentingan dalam hartanah bernilai RM1,000,000. Hartanah tersebut terus bekerja untuk anda setiap bulan dalam bentuk pendapatan sewa yang anda perolehi setiap bulan. Apabila anda menjualkannya, anda akan mendapat nilai bersih hartanah tersebut.
Persoalan dalan harta tanah bukannya sama ada anda boleh kaya tetapi lebih kepada berapa kaya anda ingin jadi dan bersediakah anda menghadapinya. Bermimpi dan menyimpan impian memang senang. Namun, untuk hidup dalam mimpi anda perlu bekerja untuk mencapai mimpi tersebut. Bukan sekadar mimpi sahaja. Jadi, sebenarnya berapa kaya anda ingin jadi dan apakah anda bersedia untuknya? Tepuk dada tanya hati, apakah yang anda inginkan dalam hidup sebenarnya. Semua jawapan di tangan anda dan anda lah yang menentukan segalanya.

SUMBER RUJUKAN : AKADEMI JUTAWAN HARTANAH UNTUK PELABUR BARU
PENGARANG : WENDY KOH (LL.B (HONS)
 

1 comments:

waeleacret said...

The Best Casinos with Slot Games in Canada - JTHub
The Best Casinos with Slot Games in Canada · Top 사천 출장마사지 3 Casinos with 나주 출장샵 Slot Machines 과천 출장안마 in Canada · 천안 출장샵 What Gaming Options are Available to Canadians? · Casino Games in 군산 출장안마

Post a Comment